2. Huraian Standard Pemikiran

1) Kejelasan (Clarity)
-Menjelaskan bahawa adakah sesuatu maklumat itu jelas dan disertakan dengan contoh serta menjelaskan apa yang dimaksudkan.

2) Ketepatan (Accuracy)
-Menjelaskan bahawa adakah sesuatu maklumat itu mempunyai rujukan yang tepat dan boleh diketahui kesahihannya dan pengesahan maklumat yang ada.

3) Keterperincian (Precision)
-Menjelaskan adakah sesuatu maklumat itu membincangkan sesuatu perkara dengan terperinci beserta dengan maklumat yang tepat.



4) Berasaskan logik (Logic)
-Menjelaskan sesuatu perkara itu mestilah logik ataupun masuk akal dan perkaitan antara isi-isi yang diperbincangkan mestilah logik daripada awal hingga ke akhir maklumat.

5) Kerelevanan (relevance)
-Menjelaskan berkaitan dengan perkaitan antara maklumat samada ianya mempunyai perkaitan dengan isu yang diperbincangkan dan bagaimana maklumat yang diberi mampu menyelesaikan masalah semasa.

6) Mendalam (Depth)
-Menjelaskan berkaitan perlunya sesuatu maklumat mempunyai isi yang mendalam terhadap sesuatu. Ianya boleh menyenaraikan faktor, penyelesaian dan cara mengatasi sesuatu.

7) Luas (Breadth)
-Menjelaskan perlunya perkaitan dengan perspektif lain dalam perbincangan dan tidak melihat kepada satu pihak sahaja. Ianya memerlukan kepada keluasan maklumat dan boleh mengambil pendapat daripada pihak lain

8) Signifikan (Significance)
-Menjelaskan bahawa adakah sesuatu maklumat ataupun isu itu merupakan tajuk ataupun perkara yang penting untuk diperbincangkan. Adakah terdapat perkara lain yang lebih utama.

9) Adil dan tidak bias (Fairness and unbiased)
-Maklumat yang diberi tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Penumpuan kepada mana-mana pihak akan menjadikan sesuatu maklumat itu tidak adil dan bias.

Bagi menyesuaikan kajian ini yang meneliti berkaitan dengan matapelajaran Pendidikan Islam, satu unsur lain perlu ditambah iaitu adanya unsur hikmah.

10) Hikmah
-Menjelaskan adakah sesuatu maklumat yang membincangkan berkaitan dengan Islam mempunyai rujukan yang jelas seperti al-Quran dan an-Sunnah dalam membincangkan sesuatu. Sumber rujukan lain juga penting seperti ijma’ dan Qias dalam menentukan sesuatu hukum. Kekuatan perbahasan terhadap sesuatu akan lebih kukuh dan kuat jika disertakan dengan dalil daripada al-Quran dan Hadis.




0 comments:

Post a Comment