4. Laman web yang dikaji

Laman web berbahasa melayu.

1.Laman Web: http://www.pengantin.com.my/
2.Laman Web: http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=502
3.Laman Web: http://al-islam-search.com/
4.Laman Web: http://www.youtube.com/watch?v=afOjg1oXVAU
5.Laman Web: http://perkahwinan.com.my/main/index.php
6.Laman Web: http://perkahwinan.ning.com/
7.Laman Web: http://senyummanis.com/?tag=konsep-perkahwinan-
8.Laman Web: http://hantarankahwin.com/
9.Laman Web: http://www.perkahwinan.biz/
10.Laman Web: http://www.drenjis.com.my/
11.Laman Web: http://www.perkahwinanku.biz/My_Homepage_Files/Page26.html
12.Laman Web: http://saifulislam.com/?p=1261
13.Laman Web: http://intim.wordpress.com/
14.Laman Web: http://shuhmy.multiply.com/journal/item/244/Perkahwinan_menurut_Islam.
15.Laman Web: http://lenourstouch.multiply.com/journal/item/1/Perkahwinan_Dalam_Islam
16.Laman Web: http://thaqafah.coconia.net/index.php?option=com_content&task=view&id=102
17.Laman Web: http://www.angelfire.com/pop/juita2/rahsiarumahtangga.html
18.Laman Web: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1034
19.Laman Web: http://www.geocities.com/farouq1965/TPSM/1i.htm
20.Laman Web: http://abuumar.50megs.com/index_1.html
21.LamanWeb:http://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant%20Topics/Society%20and%20Life/Citizen/Family/Marriage/Pages/MarriageMain.aspx
22.Laman Web: http://www.mykahwin.com.my/p1/index.php
23.Laman Web: http://www.malaysiabanner.com/wedding/lamaran/barangkemas.html
24.Laman Web: http://www.zaharuddin.net/content/category/14/61/96/
25.LamanWeb: http://www.youtube.com/watch?v=GfX7W2RySb4&feature=PlayList&p=231B510DECFB53C7&index=0
26.Laman Web: http://www.ayonikah.com/index.php
27.Laman Web: http://tipskahwin.com/category/tips-dan-nasihat/page/3/
http://sites.google.com/site/islamformuslims/muslim-marriage
28.Laman Web: http://peguamsyarie.org/?p=1073
http://sites.google.com/site/islamformuslims/muslim-marriage
29.Laman Web: http://www.smartgeneration.com.my/index.php/halaman_pengguna/init/1/33
30.Laman Web: http://www.geocities.com/afadhlis/politik18.htm


Laman web berbahasa inggeris


1.Laman Web: http://www.inter-islam.org/Lifestyle/marry.htm
2.Laman Web: http://www.zawaj.com/articles/salahi.html
3.Laman Web: http://www.islamicinformation.net/2008/05/marriage-and-nikah-in-islam.html
4.Laman Web: http://www.ezsoftech.com/omm/wife.asp
5.Laman Web: http://islam.about.com/od/marriage/tp/marriage-hub.htm
6.Laman Web: http://www.hilalplaza.com/Muslim-Wedding/
7.Laman Web: http://www.darululoom-deoband.com/english/books/nikah.htm
8.Laman Web: http://www.islamawareness.net/Marriage/
9.Laman Web: http://www.metacafe.com/watch/1312069/malay_wedding_video/
10.Laman Web: http://www.youtube.com/watch?v=a0vgStFgftw
11.Laman Web: http://www.beautifulislam.net/marriage/
12.Laman Web: http://www.load-islam.com/classified_list.php?topic_id=13&classified_id=56
13.Laman Web: http://muslimconverts.com/marriage/index.htm
14.Laman Web: http://www.angelfire.com/mo2/scarves/marriage.html
15.Laman Web: http://en.wordpress.com/tag/marriage-in-islam/
16.Laman Web: http://www.pinkislam.com/marriage/index.html
17.Laman Web: http://www.qiran.com/index.asp
18.Laman Web: http://www.sfusd.k12.ca.us/schwww/sch618/Women/Islam_Women,_Marriage_and_.html
19.Laman Web: http://sites.google.com/site/islamformuslims/muslim-marriage
http://sites.google.com/site/islamformuslims/muslim-marriage
20.Laman Web: http://www.iupui.edu/~msaiupui/familyandmarriage.html




Read More..

3. Kajian blog berkaitan......

Ini merupakan pandangan penulis terhadap beberapa buah laman web yang berkaitan dengan perkahwinan yang diteliti daripada standard kriteria pemikiran. Ada diantaranya boleh dan sesuai dijadikan rujukan manakala ada yang sebaliknya. InsyaAllah, dengan sedikit kemampuan yang tidak seberapa ini, penulis cuba untuk menyelidik maklumat-maklumat berkaitan dengan perkahwinan yang terdapat dalam alam maya..Semoga dapat memberikan sedikit-sebanyak input kepada semua...



Di bawah ini dipaparkan beberapa jadual dan carta berkaitan dengan peratusan mengikut kandungan teks, grafik, audio, video dan animasi yang terdapat dalam laman web berdasarkan 10 standard kriteria pemikiran yang telah ditetapkan.




Carta pai di atas menunjukkan kepada bilangan kandungan teks, grafik, audio, video dan animasi yang terdapat dalam 50 laman web yang dikaji di atas. Hampir 55% ataupun 47 kandungan teks terdapat dalam 50 laman web yang dikaji. 24 % ataupun 21 kandungan grafik/imej terdapat dalam laman web tersebut. 9% ataupun 8 kandungan mewakili kandungan audio manakala 6% ataupun 5 laman web masing-masing menunjukkan kepada bilangan kandungan video dan animasi dalam 50 laman web yang dikaji. Jadual ini menunjukkan bahawa maklumat berkaitan dengan perkahwinan dalam Islam banyak didapati daripada kandungan teks berbanding dengan kandungan lain.




Jadual menunjukkan bahawa peratusan kandungan teks dalam 47 laman web yang mengandungi kandungan teks berdasarkan kepada standard kriteria pemikiran yang telah disusun.3 laman web sahaja yang tidak mempunyai kandungan teks. Sememangnya, kebanyakan maklumat laman web disampaikan melalui kandungan teks. Berdasarkan jadual di atas, kandungan teks bagi kriteria keterperincian, mendalam, keluasan dan hikmah di bawah peratusan 90%. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan laman web yang membincangkan berkaitan dengan perkahwinan masih belum terperinci, mendalam dan meluaskan skop perbincangan. Unsur hikmah juga kurang ditekankan walaupun ianya merupakan aspek terpenting dalam merujuk maklumat berkaitan dengan ibadah perkahwinan. Bagi penulis, standard kriteria pemikiran yang lain tidak menjadi masalah kerana dari sudut kejelasan hanya terdapat beberapa laman web sahaja yang kurang jelas dari segi teks yang ditayangkan. Kesemuanya masih bertepatan dalam membincangkan isu berkaitan dengan perkahwinan dan tidak menjadi masalah bagi kerelevenan dan logik pemikiran serta signifikan dan sesuai dengan situasi perkahwinan pada hari ini. Semoga segala kekurangan dapat diatasi bagi kebaikan semua.






Jadual di atas menunjukkan tahap peratusan grafik mengikut standard kriteria pemikiran dalam 21 laman web yang dikaji daripada 50 laman web. Kebanyakan laman web hanya memaparkan kandungan teks sahaja dan tidak menitik beratkan kepada paparan imej. Daripada graf di atas, kebanyakan imej yang dipaparkan tidak terperinci dan hanya memaparkan imej secara kasar sahaja. Unsur hikmah juga tidak dititik beratkan dengan memaparkan imej-imej yang tidak sesuai untuk dilihat kepada umum. Unsur-unsur keluasan, kesignifikanan dan mendalam sesuatu imej juga kurang dititik beratkan dalam menyampaikan maklumat melalui imej.






Daripada 50 laman web yang dikaji, hanya 8 laman web sahaja yang mempunyai kandungan audio. Berdasarkan jadual 6 di atas, unsur keterperincian juga kurang ditekankan dalam menyampaikan maklumat melalui audio. Kebanyakan audio juga tidak menepati standard kriteria hikmah dengan menyelitkan lagu-lagu yang kurang sesuai dengan isi laman web yang cuba disampaikan. Audio yang diselitkan juga kurang mendalam dan signifikan dengan tajuk. Faktor pemilihan audio yang bersesuaian penting dalam menarik minat pembaca terhadap laman web yang dikaji. Boleh dikatakan dari segi keluasan makna dan kerelevenan dengan tajuk ada diterapkan dalam pemilihan audio serta kebanyakan audio yang dibunyikan jelas dan tidak ada masalah.





Kebanyakan maklumat laman web kurang menekankan aspek penggunaan kandungan video walaupun kadang-kadang ianya sangat membantu. Daripada 50 laman web yang dikaji hanya 6 sahaja yang memberikan maklumat berbentuk video. Berdasarkan jadual 7 di atas, tidak ada kekurangan dari segi standard kriteria pemikiran. Cuma kebanyakan daripada video daripada 6 laman web kurang menekankan aspek hikmah di mana ada antara video yang kurang sesuai untuk ditonton.






Amat sukar bagi penulis untuk menentukan peratusan bagi kandungan animasi berdasarkan standard kriteria pemikiran ini. Namun, penulis cuba untuk menilai sekadar yang mampu. Sama seperti video tadi, kandungan animasi juga hanya ada dalam 6 laman web yang dikaji. Aspek keterperincian kurang ditekankan dengan meletakkan animasi yang bersesuaian dengan tajuk. Makna dan maksud animasi yang dipaparkan juga kurang mendalam dan tidak menunjukkan keluasan makna yang cuba disampaikan berkaitan dengan tajuk. Aspek-aspek yang lain tidak menjadi masalah kerana penulis hanya mendapati sebanyak 6 laman web sahaja yang mengandungi kandungan animasi.

Itulah antara analisis kajian terhadap 50 laman web yang dikaji berdasarkan penetapan kepada 10 standard kriteria pemikiran yang telah ditetapkan. Sebanyak 30 laman web berbahasa melayu dan 20 laman web berbahasa inggeris dikaji bagi menganalisis maklumat yang dipaparkan di dalam laman tersebut. Semoga hasil penyelidikan ini dapat membantu penulis supaya berhati-hati dan sentiasa meneliti setiap maklumat yang dipaparkan di internet.








Read More..

2. Huraian Standard Pemikiran

1) Kejelasan (Clarity)
-Menjelaskan bahawa adakah sesuatu maklumat itu jelas dan disertakan dengan contoh serta menjelaskan apa yang dimaksudkan.

2) Ketepatan (Accuracy)
-Menjelaskan bahawa adakah sesuatu maklumat itu mempunyai rujukan yang tepat dan boleh diketahui kesahihannya dan pengesahan maklumat yang ada.

3) Keterperincian (Precision)
-Menjelaskan adakah sesuatu maklumat itu membincangkan sesuatu perkara dengan terperinci beserta dengan maklumat yang tepat.



4) Berasaskan logik (Logic)
-Menjelaskan sesuatu perkara itu mestilah logik ataupun masuk akal dan perkaitan antara isi-isi yang diperbincangkan mestilah logik daripada awal hingga ke akhir maklumat.

5) Kerelevanan (relevance)
-Menjelaskan berkaitan dengan perkaitan antara maklumat samada ianya mempunyai perkaitan dengan isu yang diperbincangkan dan bagaimana maklumat yang diberi mampu menyelesaikan masalah semasa.

6) Mendalam (Depth)
-Menjelaskan berkaitan perlunya sesuatu maklumat mempunyai isi yang mendalam terhadap sesuatu. Ianya boleh menyenaraikan faktor, penyelesaian dan cara mengatasi sesuatu.

7) Luas (Breadth)
-Menjelaskan perlunya perkaitan dengan perspektif lain dalam perbincangan dan tidak melihat kepada satu pihak sahaja. Ianya memerlukan kepada keluasan maklumat dan boleh mengambil pendapat daripada pihak lain

8) Signifikan (Significance)
-Menjelaskan bahawa adakah sesuatu maklumat ataupun isu itu merupakan tajuk ataupun perkara yang penting untuk diperbincangkan. Adakah terdapat perkara lain yang lebih utama.

9) Adil dan tidak bias (Fairness and unbiased)
-Maklumat yang diberi tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Penumpuan kepada mana-mana pihak akan menjadikan sesuatu maklumat itu tidak adil dan bias.

Bagi menyesuaikan kajian ini yang meneliti berkaitan dengan matapelajaran Pendidikan Islam, satu unsur lain perlu ditambah iaitu adanya unsur hikmah.

10) Hikmah
-Menjelaskan adakah sesuatu maklumat yang membincangkan berkaitan dengan Islam mempunyai rujukan yang jelas seperti al-Quran dan an-Sunnah dalam membincangkan sesuatu. Sumber rujukan lain juga penting seperti ijma’ dan Qias dalam menentukan sesuatu hukum. Kekuatan perbahasan terhadap sesuatu akan lebih kukuh dan kuat jika disertakan dengan dalil daripada al-Quran dan Hadis.




Read More..

1. Standard Pemikiran


Standard Pemikiran.
Kajian ini akan tertumpu kepada penelitian terhadap 50 laman web yang berkaitan dengan perkahwinan berdasarkan kepada penilaian 9 kriteria standard pemikiran. Standard pemikiran yang disarankan oleh Richard Paul dan Linda Elder (1996) adalah:
1) Kejelasan (Clarity)
2) Ketepatan (Accuracy)
3) Keterperincian (Precision)
4) Berasaskan logik (Logik)
5) Kerelevanan (relevance)


6) Mendalam (Depth)
7) Luas (Breadth)
8) Signifikan (Significance)
9) Adil dan tidak bias (Fairness and unbiased)

(Rujukan : http://www.angelina.edu/QEP/Critical_Thinking_Resources.htm)
Read More..